Author Topic: Parlimen Eropah mengundi untuk melindungi Wikileaks  (Read 1494 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Offline assangesupporter

  • New Member Group
  • *
  • Posts: 9
  • Gender: Female
Parlimen Eropah mengundi untuk melindungi Wikileaks
« on: December 20, 2012, 12:31:23 PM »
European Parliament votes to protect WikiLeaks
1.) Forum: http://www.wikileaks-forum.com/index.php/topic,16137.0.html#msg42280
2.) Original: http://wikileaks.org/European-Parliament-votes-to.html
3.) Translator:   Assangesupporter

4.) This article has been translated by a volunteer translator.  Neither WL or The Official WikiLeaks Forum shall be held accountable for errors.  The reader is welcome to check him/herself the original source linked below, and to comment if there is an error or misinterpretation.  If an error is identified we shall endeavour to correct it.


Parlimen Eropah mengundi untuk melindungi Wikileaks

Parlimen Eropah mengundi untuk melindungi Wikileaks. Dalam keputusan landmark hari ini Parlimen Eropah telah memulakan draf undang-undang yang yang akan memberhentikan sebarangan sekatan kewangan terhadap Wikileaks dan organisasi lain yang menghadapi masaalah sekatan kewangan. Ini adalah isyarat terpenting daripada ahli parlimen Eropah. Ini juga merupakan satu pengiktirafan terhadap keseriusan kes terdahulu bertarikh Disember 2012 yang masih berkuatkuasa sehingga kini ketika Visa, Master Card, Paypal, Western Union, dan Bank of America melancarkan sekatan kewangan yang tidak sah di sisi undang-undang terhadap pendermaan kepada Wikileaks. Sekatan ini telah menyebabkan kerugian kepada Wikileaks mencecah lebih 50 juta Dolar Amerika. Kementerian kewangan Amerika Syarikat secara rasminya menjumpai tahun lepas bahawa tiada sebab yang sah disisi undang - undang mengapa Wikileaks diletakkan dalam senarai sekatan Amerika, tetapi sekatan politik itu tetap bersambung. Wikileaks mengalu-alukan sokongan Ahli-Ahli Parlimen Eropah pada isu penting ini dan bersetuju dengan Parlimen Eropah pada ‘’mempertimbangkan besar kemungkinan terdapat peningkatan jumlah syarikat Eropah yang mana aktivitnya bergantung secara efektif untuk menerima pembayaran dengan kad; (dan) mempertimbangkan ianya agar menjadi kepentingan awam dalam mentakrifkan peraturan objektif, untuk menerangkan keadaan dan prosedur dimana skim pembayaran kad mungkin ditolak.

Ini menggariskan tuntutan oleh Wikileaks bahawa jika penyekatan kewangan terhadap Wikileaks tidak diberhentikan, gergasi kewangan Amerika akan menjadi bebas sepenuhnya untuk menentukan syarikat atau organisasi manakah yang boleh hidup atau mati. Sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Wikileaks, ini adalah serangan terhadap hak asasi yang tidak boleh dibiarkan tanpa dicabar. Terdahulu organisasi itu telah memfailkan tuntutan mahkamah dalam 2 bidang kuasa Eropah dan sedang menunggu keputusan akhir tentang aduan kepada Suruhanjaya Eropah perihal syarikat utama kad kredit yang mencabuli undang - undang persaingan. Keputusan oleh Suruhanjaya Eropah dijangka keluar sebelum akhir tahun ini. Wikileaks telah berjaya dalam semua pembicaraan mahkamah tentang isu ini sehingga hari ini.

Pengasas Wikileaks Julian Assange mengatakan ‘’Saya mengalukan respons dari ahli parlimen Eropah. Kebebasan untuk Eropah adalah penting. Namun begitu tiada kedaulatan tanpa kedaulatan ekonomi. Pempolitikan dan monopoli kewangan Amerika tidak seharusnya berupaya untuk menekan Eropah sewenang-wenangnya.’’